Tuesday, February 19, 2013
Hujan
Susahnya jadi anak perempuan. Susahnya jadi anak harapan
keluarga. Susahnya bila tiada ruang untuk memilih keputusan sendiri. Susahnya
bila apa yg disuarakan tak diambil peduli. Susahnya hidup bila dikelilingi
orang-orang yang susah, pelajaran tak tinggi. Terus diambil contoh mereka yang
susah, tak berpelajaran tinggi itu punca kehidupan tak berjaya. Rezeki bukan
bersandarkan setinggi mana tahap pendidikan tapi cara mereka merancang
kehidupan. Aku tak mahu banyak. Cukuplah bagi aku sikit ruang untuk bagi
pendapat, pilih apa yang aku suka. Apa yang aku bayangkan dah jadi kabur. Aku
confuse. Jangan sampai satu tahap nanti aku jadi putus asa. Aku tak mahu kecewakan
mereka yang aku sayang. Sesungguhnya aku tak mahu jadi orang yang derhaka. Cuma,
bagi peluang aku bernafas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
doa smoga diberikan petunjuk dan ketenangan ;)
Post a Comment