Monday, July 11, 2011

bukan semua orang beruntung, bersyukurlah kawan



Situasi 1

Sedang berjalan mencari juadah di pasar malam. Mata meliar, rambang melihat pelbagai juadah. Sedang melangkah, hampir saja terpijak si peminta di tengah jalan. Mengucap panjang. Si peminta betul-betul berada di tengah laluan. Terbaring kaku di atas bentangan surat khabar. Gaya nya seperti lumpuh, otot kedua belah kaki sudah mengecut. Tersedia bekas plastik berisi syiling di depan nya. Berjalan lagi mencari juadah kegemaran. Terserempak lagi si peminta. Lagi dan lagi. Yang lumpuh, yang cacat, yang ber anak kecil, yang bercompang-camping, duduk menadah bekas. 



Situasi 2

Sedang enak menjamu selera di mamak, tiba-tiba datang seorang buta bersama pengiring nya yang celik sihat walafiat. Membawa bungkusan tisu dari meja ke meja. Berhenti di satu meja. Si buta mengulurkan tangan, si celik tersenyum penuh makna. Lama menunggu, si pelanggan menghulurkan not seringgit. Si buta menghulurkan sebungkus tisu. Lalu pergi. Beralih pula ke meja yang lain. Si pelanggan buat tak reti. Si buta dan si celik tetap menunggu. Lama menunggu. Lalu mereka pergi tanpa sepatah kata.



Situasi 3

Sedang menjamu selera di mamak. tiba-tiba datang seorang makcik ditemani sebungkus beg plastik besar. Dibawa nya beg plastik itu meja ke meja. Dengan senyuman yang meleret, manis. Mesra tuturnya berkata, "Dik, nak beli kerepek? keropok pun ada. 5 ringgit je dik". Sambil mengeluarkan isi nya dari beg plastik. "Takpe la cik, terima kasih", jawab si pelanggan. "Terima kasih dik", dengan senyuman, makcik berlalu ke meja yang lain. Masih tiada siapa yang membeli. Namun tiada riak kecewa, tetap dengan senyum manis nya.




Ini semua pengalaman dan pemerhatian sendiri. Ketiga-tiga situasi hampir sama, tapi tak serupa. 
Ada yang meletakkan usaha, ada yang menyerahkan kepada nasib. Ada yang ikhlas, ada yang tidak.
Ada yang berusaha keras mencari rezeki yang halal, ada juga yang mengharapkan rezeki jatuh dari langit. 




Namun, siapa lah kita hendak menilai. Cuba bayangkan diri di tempat mereka. 

15 comments:

apik pehe said...

apik takleh tengok orang camtu...kesian

cikmegipama said...

@apik pehe yah kesian sgt dengan makcik yg jual kerepek pegi sana-sini, tapi mmg xde sape yg beli.

kalau yg buta, at least msti dpt jugak sikit.

nmpak beza nye.

Muhd Fadil said...

si buta dan pengiringnya. kenapa mesti yang pengiring tu celik orangnya? bukankah lebih patut hanya si celik yang harus berkerja dan menyara si buta.

cikmegipama said...

@Muhd Fadil tu lah yg sepatutnye.
tapi kalau mereka ada kaitan, mungkin si celik yg menyara si buta.

mungkin mereka jugak xde kaitan pun.
(means hubungn fmly)

tah laa.. =)

Headmaster said...

apa gua nak komen tadi?cis,lupa.sori-sori.

cikmegipama said...

@Headmaster lu sedih kan. ala cver2 lak. nanges je ah. muahaha

YOUsoF said...

Situasi 3 paling menyentuh hati insan yang bergelar anak..

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya.. ;)

Andy Zulkipli said...

meleleh airmata lepas baca,
demn !

pandangkedepan said...

kesian...itu je dapat digambarkan jika berada di situasi itu..tapi kdg2 terfikir sejenak keikhlasan dan kejujuran mereka...

Tukang Godam said...

huk sedihnya entry ni!!!


Godam : Tutor Kidnap File Flash Page Orang Lain

apik pehe said...

huhu...apik kalau dah ada duit..memang akan bagi jer kat diorang tu..tapi kena tengok gak la..kalo cukup sifat tu..apik takkan bagi..hehehe

world! said...

sedih sekali aunty ):

anGah said...

pergh.. tertusuk..

amier azrul alias said...

tangan yg menghulur lebih baik dr yg menerima..hehe.
asalkan ikhlas.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kadang memang hati nak tergerak mndrma orang2 cm ni.. tp takut ne sume sideket jerk.. ape2 pon kalau niat kita ikhlas xkesah la sendiket ke ape kn. tu antara die ngan tuhan :)