Friday, June 17, 2011

hati ke hati bersama makcik dobi

Kehadapan Makcik dobi sebelah kedai K7 tempat beli topap,


     Makcik dobi, sesungguhnya jasa mu amat ku hargai. Rupamu yang sedikit kedut, menambahkan lagi keayuaan diri mu. Walaupun hanya berbaju usang dan berseluar longgar, kau tetap kelihatan bergaya dek kerana rambutmu yang di ikat rapi. Senyuman mu, meremangkan bulu roma ku.



     Makcik dobi, masih kah kau ingat hilai tawa kita dulu serta gurau senda kita bersama? Ingat kah lagi bila kali pertama kita ketemu? Kalau makcik masih ingat, baguslah sebab diri ku ini kurang mengingatinya.



     Tapi yang pasti, kedatanganku pasti akan disahut dengan komitmen yang tinggi serta senyuman yang tinggi jua. Oh indahnya dunia. Makcik, sudah agak lama kita tidak ketemu. Terdetik dihati rasa rindu yang meluap.



     Oh, sudah lama tidak mencium bau baju yang di dobi makcik. Nantikan kedatangan ku dalam waktu terdekat ini. Sungguh aku tidak sabar. Baju-baju ini, sengaja disimpan tidak dicuci. Tidak makcik! bukan kerana malas mahupun tiada masa mencuci, cuma... hidung ku rindu bau baju yang di dobi makcik.



Ikhlas dari customer mu yang malas cuci baju.

Sunday, June 12, 2011

lembu tapit

Aku banyak kenangan dengan menatang-menatang mase kecik dulu. Yelah, duduk kampung. Kambing, lembu, katak, cek bi, dah sama banyak dengan orang.


Tapi, aku tak boleh ngam dgn lembu. Senang kata. Aku benci lembu.


ini LEMBU TAPIT



Aku tak pasti ape dendam sangat lembu dgn aku. Bila aku keluar rumah je, muka nak bengis je bila tengok aku. Kadang terpikir jugak, amende lah yang aku buat kat kau sampai kau benci sangat kat aku ye cik lembu? Nak kata aku buli, kau tu yang banyak buli aku.




Aku benci bila kau tunggu aku balik tadika. Kau buat muka bengis, kuis-kuis kaki nak kejar aku. Melalak-lalak la aku lari sampai tersadung atas jalan tar. Sakit tau tak?! Terseret lutut aku. Kalau sekali aku boleh maafkan. Tapi 4-5 kali kau buat macam tu.




Last-last aku yang kena marah dgn mak sebab kain tadika koyak. Lutut pulak toksah cite, rabak kau tau? Aku benci bila kau nak kejar aku. Aku berlari macam nak masuk sukma jatuh tertonggeng. Rupa-rupanya, kau acah je. Bapak kuang ajar kau.




Aku ingat dendam kau dah berakhir. Rupanya aku silap. Masa hari raya 4 taun lepas kau buat hal lagi. Aku tau, memang salah bonceng motor 3 orang. Tapi aku peduli ape, bukan ade polis pun.



Kau memang dasar lembu tak puas hati. Sengaja kau berak atas jalan kan?!
Tengah aku gurau-gurau atas motor tak perasan aku terlanyak bahan buangan kau tu.
Dah la motor tengah laju. Habis terpercik kat kaki dgn kain aku. Jahanam mood raya aku.



Kuang ajar eh kau?

Sunday, June 5, 2011

kecik-kecik lagi dah pandai membunuh

terasa nak recall memories masa kecik-kecik dulu.



Katak oi katak. Comel, tapi sekali dia bunyi, sumpah rase cam nak bagi penampor. Lagi-lagi bila tengah sedap tido. Nak bebel, rasa buang masa. menatang tu bukan paham pon. Nak pegi tangkap, pastu buang kat sungai kat masjid? Ala, lagi buang masa. Esok-esok datang balik menatang tu.


Jalan penyelesaian? BUNUH je.



Ye. Aku pernah bunuh katak. Tapi bukan sebab dia buat bising. Cuma, sebab tuntutan memenuhi masa lapang.
Masa tu aku darjah 3,4,5. Sila pilih sebab aku tak ingat.
Mula-mula, main kat bukit pasir. Dari atas bukit, aku bergulung duduk dalam tong dram. Kawan tolak tong dram, so tergolek-golek la dari atas sampai bawah.
Bes sangat. Tapi pening. Ulang main tu sampai muntah.



Dah bosan. Balik umah azila, bestie aku, togok air. Penat kot.
Oh bosan lagi. Mula la pendi abg azila cari idea nak buat apa. Tetiba ada katak. Main kejar-kejar dgn katak pulak. Mengarut sungguh rasa.



Dah penat, ternampak pulak cangkul kat blakang rumah. Then, pepaham la ape yang jadi lepas tu.
kitorang cangkul badan katak tu ramai-ramai. Cangkul katak hidup-hidup. Pecah, hancur berderai. Ber'kiekk' katak tu bunyi. Sadis.



Katak tu dah mati katak. Kitorang puas hati.
Tapi tak settle lagi. Dah mati, mesti la kena uruskan mayat nya. Baik sungguh kitorang.
Ambik cangkul tadi, cangkul tanah belakang umah. Then, sodok mayat katak tu guna penyodok. Nak pegang dgn tangan, geli pulak rasa. Tanah dah kambus. Siap dengan bonggol atas kubur tu. Cantik. Beruntung katak tu.



Tapi rasa tak lengkap kalau takde bunga kat kubur tu. Pegi kutip bunga kertas, tabur atas kubur katak.
Dah cantik, then ramai-ramai keliling kubur katak tu. Kau tau ape kitorang buat?



Duduk bersila, tadah tangan, baca Al-Fatihah.





*tak tau ape punye perangai tah dulu. hisy..budak-budak.

Saturday, June 4, 2011

bila mak bukak mulut, maka...


ini kisah benar.

  • bila aku terbangun lambat, mak cakap, " lailahaillallahmuhammadarrasulullahhhhhhh..budak ni tak bangun lagi! jadi papa kedana karang!" (panjang zikir mak, siap berlagu lagi)


  • bila tak putus-putus orang datang ke rumah, mula la aku buat muka, penat nak melayan. lepas tu mak cakap, "biar lah tetamu datang, tetamu tu kan pembawak rezeki" 


  • bila aku nangis-nangis hentak kaki cari barang tak jumpa, mak cakap, "hey budak ni, cari barang guna mata. bukan guna hidung!" (bila mak aku yg carikan, kejap je leh jumpa. MAGIC!)


  • bila aku hilangkan barang aku, mak cakap, "nasib baik la 'bende' tu terlekat kat situ, kalau tak, dengan 'bende' tu jugak hilang!" (aisey, kalau bende tu hilang camne weh?)


  • bila aku masih main badminton dgn adik dekat2 maghrib, mak cakap, "dah maghrib ni, masuk umah! nanti kene sampuk dgn hantu baru tau" (sies weh, adik aku penah kena sampuk)


  • bila ternampak je kelibat ada orang datang rumah, mak cakap, "eh ada orang datang, pegi masak air" (mak aku malas leteww nak buat air)


  • bila aku tengah masak, tetiba ada mak orang datang lepak. lepas tu mak orang tu cakap kat mak, "dah pandai masak dah dia, lepas ni dapat menantu la cik mah." (lalu aku pun tersipu2 malu) dem!


ni lah antara ayat-ayat mak aku. nak letak semua, mau terkehel tengkuk aku nak menaip. dah boleh hafal weh!  tapi bukan tu je sebenarnya, point aku kat sini, yang magic david blaine nye, bila aku borak-borak sal pangai mak2 kat kengkawan sume, mak kengkawan pon sama rupenye.

tak pasti suratan ke kebetulan, ayat mak2 semalaysia memang sama. yang tu lah yang duk diulang. yang tu lah yang duk dipesan kat anak-anak.

kekadang terfikir, mak-mak semalaysia ni masuk kursus ayat bebel yg sama agaknya. haha. ngeri!





p/s: camni ke aku nanti bila dah jadi mak? hehehe. comel je ayat sama seluruh mesia. pape pon mak memang bes. takde mak, takde la aku jadi manusia camni. :')