Saturday, June 4, 2011

bila mak bukak mulut, maka...


ini kisah benar.

  • bila aku terbangun lambat, mak cakap, " lailahaillallahmuhammadarrasulullahhhhhhh..budak ni tak bangun lagi! jadi papa kedana karang!" (panjang zikir mak, siap berlagu lagi)


  • bila tak putus-putus orang datang ke rumah, mula la aku buat muka, penat nak melayan. lepas tu mak cakap, "biar lah tetamu datang, tetamu tu kan pembawak rezeki" 


  • bila aku nangis-nangis hentak kaki cari barang tak jumpa, mak cakap, "hey budak ni, cari barang guna mata. bukan guna hidung!" (bila mak aku yg carikan, kejap je leh jumpa. MAGIC!)


  • bila aku hilangkan barang aku, mak cakap, "nasib baik la 'bende' tu terlekat kat situ, kalau tak, dengan 'bende' tu jugak hilang!" (aisey, kalau bende tu hilang camne weh?)


  • bila aku masih main badminton dgn adik dekat2 maghrib, mak cakap, "dah maghrib ni, masuk umah! nanti kene sampuk dgn hantu baru tau" (sies weh, adik aku penah kena sampuk)


  • bila ternampak je kelibat ada orang datang rumah, mak cakap, "eh ada orang datang, pegi masak air" (mak aku malas leteww nak buat air)


  • bila aku tengah masak, tetiba ada mak orang datang lepak. lepas tu mak orang tu cakap kat mak, "dah pandai masak dah dia, lepas ni dapat menantu la cik mah." (lalu aku pun tersipu2 malu) dem!


ni lah antara ayat-ayat mak aku. nak letak semua, mau terkehel tengkuk aku nak menaip. dah boleh hafal weh!  tapi bukan tu je sebenarnya, point aku kat sini, yang magic david blaine nye, bila aku borak-borak sal pangai mak2 kat kengkawan sume, mak kengkawan pon sama rupenye.

tak pasti suratan ke kebetulan, ayat mak2 semalaysia memang sama. yang tu lah yang duk diulang. yang tu lah yang duk dipesan kat anak-anak.

kekadang terfikir, mak-mak semalaysia ni masuk kursus ayat bebel yg sama agaknya. haha. ngeri!





p/s: camni ke aku nanti bila dah jadi mak? hehehe. comel je ayat sama seluruh mesia. pape pon mak memang bes. takde mak, takde la aku jadi manusia camni. :')






13 comments:

Nazim Sei Fitri said...

mak saya cakap "jangan makan megi banyak2, nanti rambut gugur" haha

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

mak aku caku selalu cakap, bper la bil elektri bulan ni ek... main komputer je keje ko... hahaha

Pendapat Syah said...

lawaklah...tp itulah kasih sayang ibu..rindu mak..nk balik sabahhhh

cikmegipama said...

@Nazim Sei Fitri
haha..tapi mak saya beli megi untuk saya. kenapa???!!

cikmegipama said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine haha. amek kau. mak kias2 suruh ko bayar la tuh. tak paham2 lagi...hee

cikmegipama said...

@Pendapat Syah eh..ilek2..jgn nanges ye. nanti cuti balik tau. kesian mak rindu anak dia.

Hanny said...

mak sye slalu ckp sepanjang ko cuti ni keje ape je ko buat kt umah??x penah nmpk ko menyapu,mop lantai sume2...masak pun tak..bangun pagi pn nk kne kejut...

Nazim Sei Fitri said...

haha..oh..mak saya cakap lagi, "kalau beli megi jangan lupa bg sikit kat kawan, berkat hidup" ahaha :P

cikmegipama said...

@Hanny hoihh..bagus nye. anak sape la nihh..haha

cikmegipama said...

@Nazim Sei Fitri oi2..da dapat kan aritu. haha

Nazim Sei Fitri said...

mak saya asik cakap, "kalau org bg sesuatu, jangan lupa berterima kasih." Terima kasih hehe:))

APAN said...

kuasa mak la tu...ko dah kawen nanti pun gitu gak kot.menurun... :)

inspirasiizra said...

ada la skit yang sama,, heee