Saturday, February 26, 2011

zizan suka cikmegipama! OMG



oh2 tadi aku jenjalan. guess what? aku jumpa zizan. ala, zizan raja lawak tu lah.
wahh, ensem sungguh dia. aku pun pe lagi, borak2 la dgn dia. alahaii, aku da jatuh cinta laa.
ha, sape nak jawab kat mak bapak aku?

tapi the best part nye, aku rasa zizan pun da jatuh ati la dgn aku.



INI SERIUS!



buktinya, bila aku da nak blah, tiba2 je dia cakap camni..

"jangan pergi!! jangan pergi!! jangan tinggalkn zizan camni"

lebih kurang camtu la dia cakap. tapi nak wat camne. aku bz lah.
alaa, korang mesti tak caye kan. amek kau ni bukti nye.







amek kau. kan aku da cakap. tanak caye sudah, nama awak dollah~


haha.ok aku tipu je.takde nye aku jumpa dia. kalau aku jumpa, aku pelok2 da si idong nih.
eh2 sukati la, aku suka dia lah! ko tak suka, ko diam. haha.
sape kelip mata makna nya die suka cikmegi! eh bukan, sape kelip mata die suka zizan!
hehehehhh~ 


zizan cakap camtu dalam mimpi aku jela. *sangat bahagia ok~





p/s: mak nak tido~ penat la nyahh jenjalan, sakit kaki nih pakai wedges 4 inci. hambek kau nak sangat!





Thursday, February 24, 2011

awak jangan curang!!

sekarang aku tengah dalam mood exam. *SANGAT

dapur tak berasap - takde mase nak masak nyahh. asek rebus buku je.
mandi tak basah - cane nak basah kalo memang tak mandi.
tido tak lena - bila nak lena je kawan kejot suh study. arhh
enpon tak bunyi - bateri abes. takde mase nak cas. sebok ngat study kunun.

hek alah, poyo je kau. dekan nye tak penah dapat jugak!

tapi bukan ni yang aku nak cite. aku nak cite sal pandemic yang selalu melanda bila time exam.

curang!

ye. curang waktu exam.
means menipu/meniru la time jawab soalan. hee~


alah, bagi aku biasa la tu. hanya insan yang skema lagi berfikiran lurus selurus pinggang ku je yang tak meniru.

banyak kot tektik dan teknik2 meniru. *mcm teknik menjawab sejarah kertas 1 lak.
ni berdasarkan pengalaman aku lah.

  • simpan note lam lengan baju esp. pompuan la. senang kan.
  • bagi dak laki, simpan lam poket suar je. masuk dewan, bukak la. *bkn bukak suar ye
  • bila time kira2 lak, tulis formula kat birai2 calculator tuh.
  • kalau time skola dulu, selit note lam test pad. skola aku tak sediakan test pad. *miskin
  • kalo masok toilet, jgn cakap la. penuh nota2. tak leh blah ade yang letak buku teks skali.
  • main pasing2 kertas. *itu biasa, lg2 bila cikgu jaga exam tak amek pot.
  • jeling menjuling dgn macam2 body language.

eh! macam2 lagi lah. bagi aku, aku tak kesah kalau kau nak meniru atau kau nak tiru aku.
aku bagi je. kalau aku tak bagi, bukan maksud aku ni kedekut, tapi...kau nak ke tiru jawapan yang aku men tembak je? baik kau tembak sendiri. *eh anak si mamat ni asek nak menembok je kejenye.


tapi ingat lah, dikala kita dalam keasyikkan mengcopy, ade classmate yg menyampah dgn kita sambil herot2 muka. heh. *jeles tak dapat tiru la tu!



p/s : esok last paper lecturer enseng. mak semangat ni nyahh!!




kenangan : cikmegi pon ade gak buat keje haram ni. ingat lagi PMR, cikmegi slumber badak tiru membe kat depan. dia tak pasan pon. mata cikmegi leh zoom tau!! eh,time SPM, boleh pulak cikmegi buat note kat calculator. heee~





Monday, February 21, 2011

hidup aku dah tak bermakna

ok aku bangun tido. gila! bilik cam sunyi. aku gelabah gila nak mampos. jantung aku sumpah nak terkeluar. siot! aku tak suka perasaan ni.



aku rasa cam tade life dah!
aku rase cam gelap la masa depan aku!
aku menyumpah dalam hati, "bodo, bangang la kau ni yah!! yang kau tido pesal??
dan mata aku da bergenang dgn cecair yang selalu nak tumpang bila aku stress.

teros aku fikir, pe nak jadi dgn aku kejap lg?
ape yg aku nak buat nanti?
aku jadi bertambah stress. kepala aku sumpah pusing-pusing. ahhhh!!!!



ada la dalam 5 menet, aku termenong mengenang nasib aku ape nak jadi nanti.



aku tak study pape lagi pharmacy management!!! aku tak start ape pon lg!! ape aku nak jawab kejap lagi?? sekarang da pagi. dah takde masa lagi nak study. baik kau mati jela yah.




erk, sekarang da pagi? sumpah lama gila aku tido, gara2 paper Mr. V, aku tak tido semalam.



ok kepala aku da tak pusing2 cam karipap pusing. oh baru aku perasan, aku tido pakai jam. aku tengok rupa2 nya baru pukul 4 petang nyah.!! dem.
tapi aku bersyukur, hari ini masih hari ini. bukan esok.
jadi aku still ada masa nak study benda alah tu. yeyy!!



so, aku decide sambung tido semula. jap g online jap. pastu nak mandi. pastu nak rendam megipama. perut da berkeroncong ana.




study? yea. aku janji aku study malam kang! promise *wink2

p/s: ni la slalu jadi bila tido petang. alah, korang pon sama kan? malu la tu nak ngaku. ceitt!!


ok bai nyahh, mak nak mandi dulu~





Friday, February 18, 2011

mari naek bas beramai-ramai

baik. ini adalah entry untuk korang yg suka sangat naik bas utk balik kampung. *terpakse padahal.
biasa lah utk kanak2 sekolah macam kita ni, itu jela yg ade kan~ *nak beli kete sendiri tabung mak lum penoh lagi nyahh.


so kat sini ada beberape tips atau lebih kpd peringatan laa~



1) packing barang anda lebih awal dan berada di stesen bas setengah jam awal *kalau boleh.
- brdasarkan pengalaman, tiap kali aku nk balik mesti bila aku sampai bas tu lagi 2-3 saat je nk gerak. penah on CNY taun lps aku tertinggal bas. gile kau, mana aku nk carik bas nak balik time tuh? melalak-melolong lah aku tengah org ramai tuh. pedulik la orang tgk ke ape. seb bek ade bas laen. ni la akibat kalau packing barang on d spot. sampai skarang abah aku tak tau yg aku tipu die bas delay sebab rosak! =P *sori abah



2) bawaklah barang seminimum mungkin. bukan apa, kot2 la bas tu kecik tonet je tempat isi barang, tak ke merana? *lg2 bas double decker.
- ok2, aku memang sangat amat nak minimum kan barang aku. aku da gulung2 baju aku, lipat tecik2, tak bwk ape yg tak penting. tapi aku compius, tetap gak 3-4 beg yg dibawak.
*penat lah nak jalan g LRT smbil bwk beg akedemi fantasia strett strett. bising!




3) pastikan sebelum turun bas check dulu barang kot2 tertinggal.
- penah lah skali aku tertinggal barang. aku letak mende tu kat poket seat, gopoh2 nk keluar bas, berpeloh2 mase jalan baru tersedar mende tu tertinggal. *dem. aku nak mende tuh sebab aku da panas amat da. kipas tangan aku beli kat kedai 2 inggit just before aku naek bas. baru ingat nak blagak dgn kawan2. *niat tak suci murni. padan dgn muke kau.




4) sila buang air kecik/besor sebuang-buangnye sebelum nek bas.
- ni aku tak tahan. penah skali jalan jem parok, aku lak nak tencing tak tahan2 dah sebab aku tibai lipton ice tea, pastu sombong tanak tencing time bas tuh benti *ngok. then leh lak membe wat2 mnum air lah, goncang2 air botol tu la, buat bunyi2 seram la. sumpah ase nak lempang, arap je ko membe aku. *kalo aku ni laki, kan senang. haha



5) nak makan dalam bas pun pada2 lah.
- ok aku tak kesah kalu kau nk makan coki2 ke rocky ke asam boi ke beskut meri skali pon. tapi agak2 la kalu nk makan potato chips dgn twisties pack besar bunyi plastik kuat2, makan cung ceng cung ceng bunyinye. kita bukan nga tengok cite hantu kak limah. eh2boleh pulak kau makan nasik tapau lam bas ek. kau tak tau ke aku lapar kebulor lam bas sbb tak sempat nak beli pape.!! *kalau da lambat tuh jgn la nk salahkn org laen.



6) jangan sanggul rambut tinggi2.
-opkos la ni tuk pompuan. lagi2 yang pakai tudung. adoi sekse amat kalau bersanggul nak travel jauh nek bas. susah gile kot nak bersandar bile nak tido. pe lagi nak buat lam bas kalo bukan tido? alangkan aku yang bersanggul sejemput je ase nak ngamuk bila kepala tetonggeng sane sini bila tido, pe tah lagi yang bersanggul sebesar limau manderin tuh?




7) tak payah la nak jadi peramah sangat.
- penah aku duk sebelah akak ni, die tanya, kuantan duk mana? to aku tak kesah la kan, alang2 balik negeri sama, mana tau kot2 die jiran sebelah umah ke kan. tup2, amek ko. "adik belajar lagi ke? akak keje kat tm. skarang kita ada pakej student tuk pasang tenet. murah je. ni no talipon akak. blablabla.." perghh. memang bes. then aku senyum, "takpe kak, kitorang da pasang". aku teros tido. huh




8) nak cakap talipon pandang la tepi2.
- selang 5 menet ade col, bunyi enpon tanak kalah, nak volume paling kuat. senang nak pasan ade col kot. enpon pulak bukan satu, amek kau ade 3. blueberry pon ade. orang bisnes kot die nih. ni menyirap, nak borak agak2 la. kalo orang sbelah je dengar takpe lagi la. ni amek satu bas dengar jelas n nyata. ayat nak gah aje. london, paris, sjuta, blabla. ai macik, kesian saya sebelah macik ni ha. nak lelap mata 4 menet pon takleh.




9) pastikan kebersihan diri anda di tahap optimum
- mase tuh nek bas malam. dah malam mestila mata mintak nk pejam. tapi malang bg aku, aku mimpi basah. eh mimpi ngeri. tiba2 aku terbau something yg menganggu sangat prasaan aku. aku cari2 gak ah. awek sbelah nga borak2 tepon. dan sah! it's halitosis. really bad halitosis. sies muka aku da bersatu dgn cermin tingkap bas. tapi still bau even awek tuh tak bukak mulut. awek kot tu, bukan pakwe. sumpah ni pengalaman paling ngeri aku sepanjang aku naek bas.



10) lastly, pasang la niat yang betul bila nak naek bas.
- aku suka naek bas sorang2 bila nk balik kg tercinta. untung2 dapat la gak duk sebelah pakwe ensem. dapat gak la tumpang bahu pakwe ensem bila nk tido. dapat tuka2 fesbuk. tuka2 no tepon. g dating same2. ----------- ok aku berangan!! sepanjang aku naek bas tak nah dapat duk sbelah pakwe ensem. paling2 ensem pon, macik yg ade tepon blueberry tuh. tak pon aku dpt seat single. cis, memang single sungguh laa.




memang macam2 ragam orang. luas pemandangan aku. kita komen2 orang, tah2 orang len pon ade komen2 kita. ahh lantakk!





* ini dua bas selalu aku naek




ok done.
bai nyahh. mak nak pegi mandi dulu.


Thursday, February 17, 2011

ini kisah benar

betul aku tak tipu yang aku ni buta.
betul aku tak tipu yang aku ni hilang ingatan.
betul aku tak tipu yang aku ni pekak.
betul aku tak tipu yang aku ni bisu.
betul aku tak tipu yang aku ni tempang.


kenapa? tatak picaya ah?


betul aku buta. aku buta IT!! ni lah buktinya. belog ni xpenah aku hupdate sebab aku xreti guna benda alah ni. jadi aku fedup dan decide tuk tanak wat pape pon kat bende alah ni. ni pon aku godek2 ade la aku paham sket2. pastuh aku post la ape2 yg aku nak. so sesape, pelis la ey (amaran) pelis la aja aku cane nak guna bende alah ni!!




ok betul aku ilang ingatan. aku tak ingat pon password nk bukak belog aku ni. sebab tuh aku tak penah bukak. nak bukak cane kalau password tak ingat nyah oii. tadi aku memerah keringat blood brain barrier aku ni tuk ingat balik password aku nih. dan aku berjaya *hu hu yeah. conclusion nye, sume password aku buat same jek. nak tau password contek aku k!!




tak salah lagi memang aku pekak. dulu aku telinga lintah skang da jadi telinga kuali. nasib baik tak capang nyahh. ok aku ada satu conclusion untuk telinga aku yang pekak nih. ermm.. aku rasa aku banyak makan pedas lah! osmate masak yang pedas2 sampai telinga bedesing!~ *ok kompem sebab tuh.




hah lagi satu aku memang bisu pon. sies aku tak tipu. bila aku tido aku tak bersuara pon! *dem aku bisu ouh




dan tak syak lagi aku memang tempang. membe cakap kaki aku ni ricket. jadi aku berjalan dengan agak kaber2 ricket. bagi yang tak perasan yang aku ni ricket, bermakna aku da berjaya menkaber. *sigh (penat ouh kaber2 jalan nih)


sies aku tak tipu weh!!! *angkat tangan swear



ok bai nyah, mak nak pegi setadi~