Sunday, August 28, 2011

kenangan beraya muda-muda dulu


hai budak-budak sekarang untung nye beraya. Sekali singgah umah jiran sebelah dapat lah paling kurang pun dua riyal. Kalau rajin usaha, penuh la perut dengan poket tuh.

Tapi kenangan aku kecik-kecik dulu mase nak pegi collect duit raya tak bes pon. Seingat aku, dua kali raya je kot aku berjalan nak pegi collect duit raya. Pastu, malas dah aku nak layan.


First time aku pegi rumah orang nak kumpul duit raya, masa tu dengan kazen-kazen aku kat kampung. Sumpah penat. Jimbit la aku 'tas tangan' persis wanita nak letak duit raya. Jalan la aku lalu ikut bendang, jalan-jalan kampung yang penuh ber 'tar' kan tahi lembu. Aku tak pasti kenapa lembu memang tak puas hati dengan aku agaknya. Tengah jalan-jalan duk bergalok dengan kazen, tetiba terpijak la aku atas tahi lembu tu. Kenapa ah, lembu selalu tak puas hati dengan aku?


Next year punya raya pulak, raya kat kuantan, umah aku. Memang takde plan pun nak jalan-jalan kumpul duit raya. Tapi, mak aku tengok aku menyemak je kat umah, dia pegi suruh aku pegi beraya.


Nasib baik la ada Wani, anak jiran depan umah. Ajak la dia pegi umah jiran kami,Tokcik. Duduk situ sumpah lama. Orang tua bila ada teman borak, budak-budak pun jadi. Bercerita la dia prongprengprongpreng. Last-last aku ingat lagi dia cakap "budak-budak leni takyah bagi duit raya le dok.." pehh, berdesing aku dengar. Penat duduk situ, tak dapat pape pun. (niat beraya masa budak-budak dulu tak betul)


Tapi tak putus asa lagi la, pegi pulak umah Pok Him. Makan la kuih sikit, amik hati tuan rumah walaupun tekak memang takleh terima dah. Prongpreng borak, pastu kami mintak nak balik. Ada signal bagus, tuan umah pegi masuk dalam umah pegi amek duit raya. 


Kami pun salam lah. Wani dapat singgit. Bila aku salam, tak dapat pape pulak. Tuan umah pun cakap, "ni singgit, kongsi dua orang ye". 


Erkk, aku dah terkulat-kulat dah. Benci weh raya aku time kecik-kecik. 



Raya ni dapat macam ni pun jadi lah.. hekhekhek... 

13 comments:

Lan Bingka said...

kalau da besar tapi lum keje, selalunya dapat lebih sikit kot..;)

selamat hari raya!

Far8 budak baik said...

mesti pernah pijak tahi lembu ni kn..
haha!
melampau betol lahh org rumah tuu..
klo aku terus keluar..
raya rumah org lain..haha!

Shawn Razaleigh said...

dah tua2 ni tak merasa dah...awrr

cikmegipama said...

@Lan Bingka hehe.. kalo dapat untung laa, tapi macam harapan tipis je nk dapat.. selamat beraya!!

cikmegipama said...

@Far8 budak baik

haha.. masa tu budak2. tak brani nk buat camtu. hey slamat beraya!

cikmegipama said...

@Shawn Razaleigh

haha.. ngaku pon dah tua.!!

Far8 budak baik said...
This comment has been removed by the author.
Far8 budak baik said...

tu ar kn..haha!
ketuk je pale org rumah tu
lain kali

apik pehe said...

hahaha..macam tu ke kisahnyer..isk3..
rm50 tu terlalu banyak untuk diberi..hehe..rm5 da la ek..weeeee

Mustika Hayati said...

nice blog!

http://choccopost.blogspot.com/

sifu im said...

rasenye tak terlambat lagi klu nk yg cmtu..tpi kena dtg umh ak..hehe

Nazim Sei Fitri said...

untunglah masih ada orang nak bagi duit raya..

hiro said...

rm50? pehhhh!