Sunday, October 9, 2011

kenangan untuk hari tua part 2

  • Dulu, suka pergi main kat umah kawan aku. Time tengah hari, mak dia panggil makan. Amek kau, mak dia letak lauk, nasik, ikan dalam satu dulang. Makan lah kau ramai-ramai dalam dulang tu. Happening, tapi cam sadis sikit laa. Haha



  • Dulu darjah 3, balik sekolah nak tunjuk hebat bawak beskal. Aku silang tangan pegang hendal beskal. Tetiba ada batu kat jalan, amek kau, terlanggar batu, terus jatuh. Yang bestnye, tangan aku patah, terhentak atas jalan tu.



  • Dulu, aku dengan kengkawan bawak beskal naik atas bukit tinggi. Pastu meluncur turun dari bukit. Siapa yang tak brek, memang dia hebat. Oh, kawan aku terlanggar tiang lampu. Dia tercampak, tayar beskal pulak bengkok. Kelakar je.



  • Dulu, aku dgn adik selalu panjat pokok mempelam depan rumah. Pokok tu rimbun, kalau dah panjat, memang orang tak nampak.  Selalu bila uncle PaddlePop lalu, kami panggil. Bila dia berhenti, kami duduk atas pokok diam-diam. Last-last, kantoi jugak. Padan muka kena marah.




  • Dulu, aku tak suka gila abah merokok. Cara aku nak suruh abah benti, aku tulis kat garaj keta abah “NO SMOKING”. Abes semua kayu kat situ aku conteng. Lepas tu, aku selalu patahkan rokok abah. Jahat gila aku. Tapi sampai sekarang tak berjaya pon nak suruh abah benti. Haha 




  • Dulu, masa bulan puasa. Aku curi makan. Mak dapat tahu, tapi mak diam kan je. Bila dah tiba waktu nak buka puasa, mak cakap sindir-sindir “orang tak puasa takleh makan semeja dgn orang puasa ni”. Aku diamm je sebab takut gila. Last-last sume orang tahu, sebab aku makan sambil nanges sebab takut sangat.



  • Dulu, femes dgn mainan kereta Tamiya. Ala, yang kena pasang sendiri tu. Aku pon gila benda tu jugak. Abang aku jahat, dia on keta tu, pastu dia letak kat kepala aku. Ape lagi, melekat la rambut kat tayar. Nak kuarkan tak boleh. Terpaksa gunting. Benci!



  • Dulu, lepas men jual-jual, dahaga gila ni. Ajak kawan masuk lam umah minum air. Bukak peti ais dgn rakus. Tiba-tiba, “duummm” pintu peti ais tercabot, jatuh ke bumi. Ok, klaka gile. Malu pon ada sebab ada kawan. Hahaha.




  • Dulu, nak main-main kan kawan. Aku dgn akak gali lubang, dalam gile. Pastu, bentang tikar atas tu. Panggil la si kawan ni. Suruh dia duduk atas tikar tu. Pastu, jatuh tertonggeng dalam lubang tu. Nanges melalak2 budak tu. Terus tak kawan dah.



  • Dulu darjah 6, main bola baling tetengah ujan. Break jap, amek nyawa. Aku takleh duk diam, ada bola tergolek jauh. Aku berlari nak pergi amek. Tetiba “kelepekk” aku jatuh. Amek kau, lagi sekali tangan aku patah tempat yang sama.



  • Dulu, lepas UPSR memang cikgu tak ngajar dah. Ada sorang budak laki ni panggil aku. Aku pergi, dia cakap dia suka aku. Aku tak cakap ape pun. Ada pulak sorang laki budak laki ni, dia pun cakap dia suka aku. Sorang lagi budak laki ni tau yg member dowg cakap, tiba dia pulak cakap dia suka aku. So, aku teramat malu dengan jayanya pada hari tu.





  • Dulu, ptama kali aku baligh. Aku tak tau, tu pun mak yang perasan masa aku tido. Aku menanges satu hari suntuk. Mak cakap, “biasa lah tu, takyah nanges, semua pompuan pun camtu. Ni tandanya dah besar.” Aku nanges sebenarnya bukan sebab apa. Cuma aku teringat ustazah cakap, bila dah baligh, dosa semua kena tanggung sendiri. Takut woo.   

14 comments:

Andy Zulkipli said...

haha !
paling suka part kete tamiya dengan gali lubang. tak habis gelak bila bayangkan.



err, betul ke patah tangan dua kali ? gila cool !

cikmegipama said...

hepp, jangan bayangkan!

haah, dua kali tempat sama. bengkok tak lurus2. haishh

Hanny said...

tangan patah smpi bengkok???nsib baik x jd polis an..kalo x mesti da kne reject

peep said...

brape das ko kene when ko patahkan rokok abah ko tuhh?? haha :P

Journalist said...

baligh pun nak menangis? haha pelik aku! and and part merokok tu kelaka ok. aku pun pernah buat no smoking kat ayah aku tapi hampas haha

Encik Amman said...

adeh... tanggung dosa sendiri tau.. selalu ingat.. ahahaha.. main lasak lagi yah ye kocik2.. ish3.. lasak teruk

cikmegipama said...

@Hanny
hahaha.. tapi dulu kadet polis. sorok2 la tangan nk kawad.

cikmegipama said...

@peep
hahaha.. kecik lagi time tu, anak manje pulak, tak kene marah la. hebat tak. hahaha

cikmegipama said...

@Journalist isy, kau upenye. ingat kan sape. dedejut tahu....

cikmegipama said...

@Encik Amman cik aman pon ingat tau. ustazah buat gmpak. memang la takut. eyhh, cik aman lagi lasak kott..

Nazim Sei Fitri said...

bengkok pon jadi model what...untunglah...hahaha

IFA Athirah said...

kwn u tu cedera ringn je kn? (kayuh beskal)

apik pehe said...

erkkk...rasenyer da komen..huhu..

Ihsan Arifin said...

menangis lah nak. kalau tak cukup tisu, nanti mak beli lagi sekotak ;)