Monday, July 11, 2011

bukan semua orang beruntung, bersyukurlah kawan



Situasi 1

Sedang berjalan mencari juadah di pasar malam. Mata meliar, rambang melihat pelbagai juadah. Sedang melangkah, hampir saja terpijak si peminta di tengah jalan. Mengucap panjang. Si peminta betul-betul berada di tengah laluan. Terbaring kaku di atas bentangan surat khabar. Gaya nya seperti lumpuh, otot kedua belah kaki sudah mengecut. Tersedia bekas plastik berisi syiling di depan nya. Berjalan lagi mencari juadah kegemaran. Terserempak lagi si peminta. Lagi dan lagi. Yang lumpuh, yang cacat, yang ber anak kecil, yang bercompang-camping, duduk menadah bekas. 



Situasi 2

Sedang enak menjamu selera di mamak, tiba-tiba datang seorang buta bersama pengiring nya yang celik sihat walafiat. Membawa bungkusan tisu dari meja ke meja. Berhenti di satu meja. Si buta mengulurkan tangan, si celik tersenyum penuh makna. Lama menunggu, si pelanggan menghulurkan not seringgit. Si buta menghulurkan sebungkus tisu. Lalu pergi. Beralih pula ke meja yang lain. Si pelanggan buat tak reti. Si buta dan si celik tetap menunggu. Lama menunggu. Lalu mereka pergi tanpa sepatah kata.



Situasi 3

Sedang menjamu selera di mamak. tiba-tiba datang seorang makcik ditemani sebungkus beg plastik besar. Dibawa nya beg plastik itu meja ke meja. Dengan senyuman yang meleret, manis. Mesra tuturnya berkata, "Dik, nak beli kerepek? keropok pun ada. 5 ringgit je dik". Sambil mengeluarkan isi nya dari beg plastik. "Takpe la cik, terima kasih", jawab si pelanggan. "Terima kasih dik", dengan senyuman, makcik berlalu ke meja yang lain. Masih tiada siapa yang membeli. Namun tiada riak kecewa, tetap dengan senyum manis nya.




Ini semua pengalaman dan pemerhatian sendiri. Ketiga-tiga situasi hampir sama, tapi tak serupa. 
Ada yang meletakkan usaha, ada yang menyerahkan kepada nasib. Ada yang ikhlas, ada yang tidak.
Ada yang berusaha keras mencari rezeki yang halal, ada juga yang mengharapkan rezeki jatuh dari langit. 




Namun, siapa lah kita hendak menilai. Cuba bayangkan diri di tempat mereka. 

Sunday, July 10, 2011

Resepi megi goreng super special tempatan


Stay up untuk online sangat seronok dan lapar. Tidak seperti stay up study yang sangat mengantuk dan kenyang.   
Kenyang sebab kejap-kejap g makan. *excuse utk diri sendiri supaya tidak study. 



Tadi lapar. Terasa nak makan megi goreng. Teringat ada megi kosong, lalu ke dapur sediakan bahan-bahan.
Bawang, ikan bilis, kentang, kobis, cili potong, semua dah aku kerat-kerat. 



Terfikir, kalo ada ayam bes jugak ni. So, aku pergi ruang tamu. Tengok midah dgn seman (si hamster) tengah bersukan dalam roller beliau. Sedapnye kalau letak lam megi ni. 
Niat murni aku tu terpaksa dilupakan bila midah tengok aku dgn mata yang berkaca-kaca. Dem.



Terpaksa lah masak tanpa sumber protein yg sedap. Ajak kekasihku, Oh Aynn masak bersama. Campak-campak, baling-baling, ketung-ketang, ok last skali nak taruk telur.
Oh Aynn pegi amek telur. Terus dipecahkan lam kuali tanpa usul periksa dan tanpa was-was.



Natang punya telur! Skali isi telur tu dah rosak, dah berdarah! baser-baser. . .