Sunday, August 28, 2011

kenangan beraya muda-muda dulu


hai budak-budak sekarang untung nye beraya. Sekali singgah umah jiran sebelah dapat lah paling kurang pun dua riyal. Kalau rajin usaha, penuh la perut dengan poket tuh.

Tapi kenangan aku kecik-kecik dulu mase nak pegi collect duit raya tak bes pon. Seingat aku, dua kali raya je kot aku berjalan nak pegi collect duit raya. Pastu, malas dah aku nak layan.


First time aku pegi rumah orang nak kumpul duit raya, masa tu dengan kazen-kazen aku kat kampung. Sumpah penat. Jimbit la aku 'tas tangan' persis wanita nak letak duit raya. Jalan la aku lalu ikut bendang, jalan-jalan kampung yang penuh ber 'tar' kan tahi lembu. Aku tak pasti kenapa lembu memang tak puas hati dengan aku agaknya. Tengah jalan-jalan duk bergalok dengan kazen, tetiba terpijak la aku atas tahi lembu tu. Kenapa ah, lembu selalu tak puas hati dengan aku?


Next year punya raya pulak, raya kat kuantan, umah aku. Memang takde plan pun nak jalan-jalan kumpul duit raya. Tapi, mak aku tengok aku menyemak je kat umah, dia pegi suruh aku pegi beraya.


Nasib baik la ada Wani, anak jiran depan umah. Ajak la dia pegi umah jiran kami,Tokcik. Duduk situ sumpah lama. Orang tua bila ada teman borak, budak-budak pun jadi. Bercerita la dia prongprengprongpreng. Last-last aku ingat lagi dia cakap "budak-budak leni takyah bagi duit raya le dok.." pehh, berdesing aku dengar. Penat duduk situ, tak dapat pape pun. (niat beraya masa budak-budak dulu tak betul)


Tapi tak putus asa lagi la, pegi pulak umah Pok Him. Makan la kuih sikit, amik hati tuan rumah walaupun tekak memang takleh terima dah. Prongpreng borak, pastu kami mintak nak balik. Ada signal bagus, tuan umah pegi masuk dalam umah pegi amek duit raya. 


Kami pun salam lah. Wani dapat singgit. Bila aku salam, tak dapat pape pulak. Tuan umah pun cakap, "ni singgit, kongsi dua orang ye". 


Erkk, aku dah terkulat-kulat dah. Benci weh raya aku time kecik-kecik. 



Raya ni dapat macam ni pun jadi lah.. hekhekhek... 

Monday, August 8, 2011

5 kelebihan bazar ramadhan yang korang tak tahu




Satu-satunya bulan rezeki masyuk ialah bulan ramadhan. Masyuk la bagi yang berniaga, rabak la bagi yang takleh kawal nafsu berbelanja tu. Macam aku, masuk dalam kategori rabak. Sekian.


Oh, apa yang nak aku cerita kat sini ialah kelebihan-kelebihan wujudnya bazar ramadhan dari apa yang aku fikir. Aku tak pasti ejaan RAMADHAN ke RAMADAN. Correct me pls.






1. TEMPAT MENJEJAK KASIH
- Ni kompem selalu jadi. Tengah-tengah berebut nak beli cendol yang tinggal satu tu, sampai bergaduh tarik-tarik bulu mata, rupa-rupanya orang tu member kita masa zaman tadika kemas dulu. Tak ke seronok jumpa member- member lama. Boleh terus ajak member tu bukak puasa sama. Cakap je kat makcik tu 'cancel cendol'. 






2. PELUANG MENJADI ARTIS
- Ape barang kan kalau berniaga setakat duk kat kerusi tunggu customer datang. Time ni la nak terjerit telolong ternyanyi teruji vocal nak tarik perhatian customer. Sape tahu, kot-kot lah kan, kat bazar tu ada Habsah Hassan ke Ramli Sarip ke David teo ke, untung-untung dapat offer jadi penyanyi ke pelakon ke kan? rezeki bulan ramadhan sape tau?






3. TEMPAT MENCARI JODOH
- Time ni la banyak bibit-bibit cinta berputik antara si peniaga dengan si pembeli. Dari mula-mula duk cebik muka, hari-hari pergi kedai sama, terus senyum sampai telinga. Untung kau, hari-hari dapat tongkeng ayam  free. Member-member lak dapat diskaun. Tak tau la pulak kalo kena mandrem. Lepas puasa, duit untung niaga, belanja buat kawen terus. Muahaha.






4. TEMPAT MENGUJI MINDA
- Bila pergi bazar, macam-macam jenis orang dapat jumpa. Cina, india, bapok, pondan, pengkid, gay, lesbo, bapak ayam, mak ayam, kepak ayam, tongkeng ayam. Kalau aku dengan member, kitorang selalu main permainan Teka Jantina Manusia Itu. Best woo, biarpun kitorang tak tau jawapan nye apa.






5. TEMPAT MEMBALAS DENDAM dan PENYEDAP RASA
- Penyedap rasa lah bagi kaum-kaum yang suka duk bergesel-gesel time orang tengah crowded. Buat-buat terlanggar, terpegang pulak. Aku pernah kena, ape lagi, tak kan nak duk diam. Aku jalan laju-laju pergi langgar balik campor sesedap rasa pergi pijak selipar dia. Muahahahaha. *aku tau aku jahat. 





ni rupa bazar ramadan pandan indah dari balkoni. jemput datang~


Ada apa-apa lagi korang nak tambah? 

Btw, hari ni aku pegi kelas dengan membawa baju dobi 1 beg. Kedai dobi tak bukak lagi pepagi otw nak g kelas. Kenapa MAKCIK DOBI kejam?? Terpaksa aku usung beg dobi sana-sini macam nak lari rumah dah gaya. -____-"