Friday, April 6, 2012

Segmen Borak Adik Kakak


Blog saya dah bersalin kulit, blog anda bila lagi? Sempena persalinan kulit yg baru ni, ada segmen baru dlm blog ni. Segmen borak adik kakak. Hahaha. Ok, ni kisah benar.

Ok kawan-kawan, kenalkan

left to right- Cikmegipama, Muin, dan Ahmad

Adik aku ni dah darjah 5, bg korang msti dah besar. Tapi bagi aku, budak ni kecik lagi. Tak kenal dunia lagi. Tapi bercakap nak kencang. Tak berenti renti. Mak aku cakap, dulu masa mak pregnant kan dia, mak nak dia jadi macam Tun Mahathir. Eh, ada kena mengena ke? Lantak.



Aku : muin, kerja sekolah siap dah?
Adik : belom lagi, Bahasa Sains belom siap (Bahasa Sains hokeh, bukan Subjek Sains) -____-
Aku : sape ajar Bahasa Sains? (layan aje)
Adik : Cikgu Mazlan. Masa Kakyah sekolah dulu dia ajar tak Kakyah?
Aku : Ajar lah, besttt
Adik : Tak best pon. Cikgu garang pastu suka doa-doa
Aku : doa camne pulok?
Adik: Hari tu masa kelas dia, muin dgn geng muin masuk lambat, pastu dia cakap sape masuk lambat lagi lepas ni dia doa jadi bisu, pekak. Takut muin jd bisu. (muka cuak)
Aku : KAHKAHKAHHH 




**********



Adik: Kakyah, nak jawab teka-teki tak?
Aku: haa, teka-teki mende?
Adik : ok, kenapa itik dia jaga anak dia?
Aku : dah, takkan anak dia nk jaga dia pulak
Adik : salah!
Aku : taknak bagi anak dia mati la
Adik : salah! Ok menyerah??
Aku : yee.. mende jawapan?
Adik : jawapan dia, untuk memastikan kemandirian spesisnya.
Aku : hmmmm


Ok, tu sebenarnya soalan dalam buku sains dia. Boleh pulak dia buat jadi teka-teki. Sampai hati troll kakak kandung. 




**********




Adik : Kakyah, muin tau dah camne nak buat beskal muin jadi ringan. Kawan muin bagitau (muka serius)
Aku : haa, camne?
Adik : mula-mula ambik minyak, pastu sapu kat beskal
Aku : yela, kalau kena kat rantai beskal tu nanti memangla ringan rasa
Adik : bukannn
Aku : dah tu?
Adik : pas sapu minyak tu, ambik api, pastu bakar beskal tu (nada serius lagi)
Aku : kahkahkah, memang la ringan pastuuu, dah tinggal rangka beskal je. Adoiiii



Adik aku ni perangai dia, mudah sangat percaya orang. Kawan dia kene kan dia, padan muka, hari tu troll akak dia sangat!





Nanti sambung!

13 comments:

kura said...

haha.. kelas kau kiahhh!

cikmegipama said...

@kura

aku kelas Arif, kau kelas ape Zuberrr??

Ihsan Arifin said...

haha tudia tudia tudia.
'kemandirian spesies'
sumpah EPIC kah kah kah ;D

btw, lama tak jenguk blog ni.
hye cikmegipama :)

cikmegipama said...

@Ihsan Arifin

haha.. hai cikgu! lama tak nampak cikgu. sesungguhnya kemandirian spesis sungguh epic.

Lan Bingka said...

muin, nak kaco kakyah bleh tak? ;)

Abang Zam said...

ee. sedapnye megi pama!

cikmegipama said...

@Lan Bingka

muin cakap pergi amek senduk kalau nk kacau. hahahaha

cikmegipama said...

@Abang Zam

taksedap!

Lan Bingka said...

boleh la tu kan? huhuhu

kura said...

aku kelass kiah laaaa. eh! hahha

Cik FaRiZaM said...

kelas kau jahhhhhhhhh
eh kiah ekkkkk wakakakkaak

salam kenal n follow sini

dr
http://afasz.blosgpot.com

Cik Puan Izan❤ said...

hai...salam kenal..sis follow blog ni yer...

comel jer nama blog ni...secomel tuannya... dah lama tak mkn megi pama..espcially megi bihun...sedap kan...

Rafi Nilhan said...

quote "untuk memastikan kemandirian spesisnya."

ni paling lucu haha