Monday, August 8, 2011

5 kelebihan bazar ramadhan yang korang tak tahu




Satu-satunya bulan rezeki masyuk ialah bulan ramadhan. Masyuk la bagi yang berniaga, rabak la bagi yang takleh kawal nafsu berbelanja tu. Macam aku, masuk dalam kategori rabak. Sekian.


Oh, apa yang nak aku cerita kat sini ialah kelebihan-kelebihan wujudnya bazar ramadhan dari apa yang aku fikir. Aku tak pasti ejaan RAMADHAN ke RAMADAN. Correct me pls.






1. TEMPAT MENJEJAK KASIH
- Ni kompem selalu jadi. Tengah-tengah berebut nak beli cendol yang tinggal satu tu, sampai bergaduh tarik-tarik bulu mata, rupa-rupanya orang tu member kita masa zaman tadika kemas dulu. Tak ke seronok jumpa member- member lama. Boleh terus ajak member tu bukak puasa sama. Cakap je kat makcik tu 'cancel cendol'. 






2. PELUANG MENJADI ARTIS
- Ape barang kan kalau berniaga setakat duk kat kerusi tunggu customer datang. Time ni la nak terjerit telolong ternyanyi teruji vocal nak tarik perhatian customer. Sape tahu, kot-kot lah kan, kat bazar tu ada Habsah Hassan ke Ramli Sarip ke David teo ke, untung-untung dapat offer jadi penyanyi ke pelakon ke kan? rezeki bulan ramadhan sape tau?






3. TEMPAT MENCARI JODOH
- Time ni la banyak bibit-bibit cinta berputik antara si peniaga dengan si pembeli. Dari mula-mula duk cebik muka, hari-hari pergi kedai sama, terus senyum sampai telinga. Untung kau, hari-hari dapat tongkeng ayam  free. Member-member lak dapat diskaun. Tak tau la pulak kalo kena mandrem. Lepas puasa, duit untung niaga, belanja buat kawen terus. Muahaha.






4. TEMPAT MENGUJI MINDA
- Bila pergi bazar, macam-macam jenis orang dapat jumpa. Cina, india, bapok, pondan, pengkid, gay, lesbo, bapak ayam, mak ayam, kepak ayam, tongkeng ayam. Kalau aku dengan member, kitorang selalu main permainan Teka Jantina Manusia Itu. Best woo, biarpun kitorang tak tau jawapan nye apa.






5. TEMPAT MEMBALAS DENDAM dan PENYEDAP RASA
- Penyedap rasa lah bagi kaum-kaum yang suka duk bergesel-gesel time orang tengah crowded. Buat-buat terlanggar, terpegang pulak. Aku pernah kena, ape lagi, tak kan nak duk diam. Aku jalan laju-laju pergi langgar balik campor sesedap rasa pergi pijak selipar dia. Muahahahaha. *aku tau aku jahat. 





ni rupa bazar ramadan pandan indah dari balkoni. jemput datang~


Ada apa-apa lagi korang nak tambah? 

Btw, hari ni aku pegi kelas dengan membawa baju dobi 1 beg. Kedai dobi tak bukak lagi pepagi otw nak g kelas. Kenapa MAKCIK DOBI kejam?? Terpaksa aku usung beg dobi sana-sini macam nak lari rumah dah gaya. -____-"

22 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

setakat ne aku lom lagi bazar ramadan bg tahun ne.. hehe.. kang pegi bukanye tau nk beli ape :)

Sei said...

yg nombor 5 to tak best la. lain kali jerit kuat2 cakap ada "Pencabul!"

btw, gambar to amik guna DSLR apa yer? :D

Unknown said...

haha.. best betul.. :)

Henry Zackery said...

jgn langgar lelaki tau, HZ jeles nnt..hehe :)

IKLAN GANGSTER BUKAN KL GANGSTER

amier azrul alias said...

tempat temu jodoh?
ish ishh ishh :p

Lan Bingka said...

da lama tak gi pasar ramadan pandan indah.. takde la jauh mana pun..;)

Faiz Tapit said...

ade lagi satu, tempat main ikan keli hidup. aku suka main ikan. hahah

cikmegipama said...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine -
takyah g lah. baik duk umah masak, lagi puas hati.


Nazim Sei Fitri- bila dah kena mmg tergamam la kan xtw nk buat ape.


Heidi Shafiq- bes ke g bazar?



Henry Zackery - hehe, baik. tak langgar dah.



amier azrul alias- eh2, betul kan?



Lan Bingka - meh la datang. =)


Faiz Tapit- ade ke jual keli hidup kat bazar? kat pasar ade la.

EazyIzzy said...

suka no 4...menguji minda ye kak..
len kali nk men teka2 jantina org tu ajak skali ye..nk join gak...

Kumbang Jingga said...

mcm2 erk function bazar ramadan hehe

.drakula. said...

no 5 tu macam cukup aku berkenan...keh3

Unknown said...

tempat jejak kasih yg paling lawak thee.


teringat duld kat bazar.. ada orang berlari2 peluk saya cakap lama tak jumpa


tgk2 salah orang theeee

teha said...

sempat lg die pijak selipar org tu.. hahhaha !

Shawn Razaleigh said...

tempat menguji minda tu serius betul

Ihsan Arifin said...

bazaar penuh sesak gila

fathin zulkifli said...

haha. betul. setuju sgt no 1! :D

http://fathinzulkifli.blogspot.com/

Unknown said...

ehhh..tak komen lagi ker?rasenyer dah haritu..huhu..

kenal dah bazar tu..hehehe..ader orang bawakkan..

Marhaenonymous said...

entah kenapa sekarang ni aku kurang berminat bersesak di bazar ramadhan..hehe

Mohammed Faizal said...

tempat dapatkan makanan feberet yang mak kite tak mau masak. Tempat nak dapatkan makanan free time dah nak berbuka..

gabangaban said...

peluang jadi artis memang tak leh blah.hahahhaha

My MiRa said...

huhuhu

sunggah sini ya

kura said...

aku dah datang bazar ramadhan kat sini dah hari tu.. tp xjumpa jodoh pun? Ehh. hahah