Saturday, December 12, 2015

Resepi Teppanyaki Salmon

Assalamualaikum..

Hari cuti taktau nak buat apa, so marilah masak sesuatu yang dah lama Encik Hadi request. Dia ni memang gila teppanyaki, gila ikan salmon. Nasib baik dia tak gila. hohoho, jangan maraaa.

Saya taklah pandai masak sangat, tapi sangat suka mencuba. Belum cuba belum tahu. Google lah saya resepi sana sini. Actual resepi guna mirin dan sake, macam yang kita tahu, benda tu tak halal. Jangan bimbang, kita boleh subtitute sake dengan rice vinegar. Mirin pula boleh subtitute dengan vinegar atau white grape vinegar + lemon. Mirin dengan sake tu digunakan untuk buat dia punya sos.

Tapi tapi tapi, harini punya versi simple pimple sahaja. Takde sos cenggitu. Cold storage jauh pulak, so saya pergi Giant jelah. Ikan salmon nya taklah segar sangat. Tapi dah takde choice kan. Dua slice besar untuk harga rm10 which is ok lah kan.

Bahan-bahannya :

- Ikan salmon
- Lada hitam kisar
- Lada sulah
- Garam
- Kicap Cair
- Kicap pekat
- Taugeh
- Daun kucai
- Lobak merah
- Bawang putih

Cara-caranya :

1) Bersihkan ikan salmon, pastikan tulang-tulang kecil dekat celah isi dia dibuang. Lap dengan paper towel taknak dia berair sangat. Taburkan sedikit garam, lada sulah dan lada hitam. Biarkan selama sejam atau lebih. Kalau nak guna ayam atau daging, macamni jugak kekdahnya.

2) Hiris nipis bawang putih, banyak banyak banyak banyakkkk. Gaulkan dengan sedikit garam.

3) Panaskan pan, kuali leper atau kuali biasa pun boleh. Letak sesudu mentega dan sedikit minyak. Masukkan bawang putih hiris tadi. Goreng sehingga kekuningan garing. Kruk krak kruk krakk. Ketepikan.

4) Gunakan minyak yg sama, masukkan isi ikan salmon tadi. Masak lebih kurang 3 minit. Kalau lama sangat nanti isi ikan akan terlerai dan tak sedap nak makan. Kulitnya jangan dibuang. Masak sampai garing ye. Ketepikan.

5) Masukkan pula taugeh, lobak dan daun kucai. Letak sedikit kicap cair dan kicap pekat. Perasakan. Takyah masak lama, sebab kita nak kekalkan kerangupan sayur tu.

6) Bolehlah dihidangkan kepada yang tersayang. Enak dimakan bersama nasi panas panas. Juga enak dimakan bersama sama.

P/s.  Maaf tiada gambar, dah siap nasuk perut baru ingat nak snap gambar. Google lah gambar ye.

Wednesday, December 9, 2015

Prosedur Mohon Passport Malaysia-Antarabangsa

Assalamualaikum.


Excited sampai sambil menaip sambil berhuhu sebab lama sangat tak borak dalam ni since laptop tenggelam banjir. Terima kasih bakal suami bagi pinjam laptop (will talk about our wedding preparation soon!)


ok sekarang nak cerita pasal prosedur nak mohon passport malaysia-antarabangsa. Since saya first time nak buat passport so google lah apa document yang perlu dibawa sebelum mohon passport. Takdelah nanti itu ini tak cukup kat pejabat imigresen tu, ada yang flip table nanti.


Ada yang kata kena bawak salinan kad pengenalan, gambar passport, surat beranak lah. NO! Itu dulu punya cerita. Sekarang dah maju ok. So, apa je yang kena bawak?


1) Kad pengenalan (pastikan cip tak rosak dan boleh dibaca)

2) Wang tunai
     - RM 200 untuk 5 tahun (automatic caj 5 tahun takde pilih pilih)
     - RM 5 dibayar masa nak collect passport kat kaunter (caj untuk hardcover passport)

3) Diri sendiri
    - of course tuan badan kena datang dan collect sendiri bila dah siap nanti

4) Majalah/novel/handphone with full battery (you know why)


Ceritanya pergi berdua dengan Hadi (bakal suami) pergi hari biasa bukan weekend. Kami buat di KDN Johor Bahru di Setia Tropika, Kempas. Pukul 8:30 pagi kami sampai terus ke bangunan Jabatan Imigresen untuk ambil nombor kat lobby bawah bangunan. Ada kaunter khas untuk ambil nombor bagi yang nak buat passport. Risau jugak nombor giliran habis ke sebab datang lambat. Alhamdulillah ada, tapi kena tunggu untuk 65 orang lagi sebelum sampai giliran kami. hohoho


Ngam pukul 10 pagi giliran kami. Pastikan nombor giliran jangan hilangkan, nyawa tu. Serah nombor giliran dan kad pengenalan kat kaunter yang dipanggil, cek semua maklumat betul, sign sikit, 123 cheese ambil gambar kat kaunter tu jugak, lepastu cop jari.


Dah siap kat kaunter satu, tunggu lagi nombor giliran yang sama untuk dipanggil bagi nak buat bayaran. Bila dah buat bayaran, officer tu akan bagi satu resit bayaran dan ditulis masa untuk drop resit kat kaunter collect passport yang dah siap. Gap masa ialah 1 jam sahaja.


Perut dah menguncup, apa lagi pergi lah makan ye kawan kawan sementara nak tunggu passport siap. Kat bawah bangunan tu ada cafe. Sedap sangat ayam asam pedas dia, tapi sedap lagi saya masak. hihi


Dah pukul 11:30 pagi pergi naik atas balik drop resit kat kaunter. Tak lama pun tunggu, dalam 15 minit, nama atau nombor akan dipanggil untuk ambil passport yang dah siap. Sekarang dah boleh terbang!







Saturday, June 14, 2014

2014

Assalamualaikum.

Gila, dah lama betul aku tak hadap benda ni. Dunia dah makin canggih. Semua benda hujung ibu jari je. Aku lupa terus pasal blog ni. Godek godek playstore terjumpa pulak apps Blogger. Downloadlah ape lagi hoi.

Tetiba rasa dedebar, butterfly terbang terbang dalam perut. Tanda rindunyaaa nak menulis. Sungguh rindu.

Tapi kehidupan aku taklah menarik utk aku coretkan kat sini. Tapi yelah, itu semua akan jadi satu memori yang berharga bagi aku suatu masa nanti.

Ye, setahun lebih berlalu (ke lebih?) Dah takde kehidupan di kolej lagi. Takde lagi shawl lilit lilit sampai tercekik anak tekak, takde lagi benda benda BBNU yg nak dibuat, huhahuha dengan sape sape entah. Dah bekerja pun. Alhamdulillah. Sekarang mungkin lebih organized. Mungkin. Tapi masih sama, jauh dari family. Jauh dari kawan kawan menggila dulu. Lebih struggle untuk berdikari sendiri. Sangat struggle. Tapi alhamdulillah masih boleh handle.

Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Aaa rindunyaaa. Haha. Till next time, jumpa lagi!

Tuesday, February 19, 2013

Hujan

Susahnya jadi anak perempuan. Susahnya jadi anak harapan keluarga. Susahnya bila tiada ruang untuk memilih keputusan sendiri. Susahnya bila apa yg disuarakan tak diambil peduli. Susahnya hidup bila dikelilingi orang-orang yang susah, pelajaran tak tinggi. Terus diambil contoh mereka yang susah, tak berpelajaran tinggi itu punca kehidupan tak berjaya. Rezeki bukan bersandarkan setinggi mana tahap pendidikan tapi cara mereka merancang kehidupan. Aku tak mahu banyak. Cukuplah bagi aku sikit ruang untuk bagi pendapat, pilih apa yang aku suka. Apa yang aku bayangkan dah jadi kabur. Aku confuse. Jangan sampai satu tahap nanti aku jadi putus asa. Aku tak mahu kecewakan mereka yang aku sayang. Sesungguhnya aku tak mahu jadi orang yang derhaka. Cuma, bagi peluang aku bernafas.

Saturday, January 5, 2013

Tulisan yang Matang

Assalamualaikum. Ini blog post pertama untuk tahun 2013, sehari selepas umur bertambah. Alhamdulillah, tinggal lebih kurang seminggu je lagi kat kolej yg berbahagia ni. Lepas ni dah boleh pergi tailor buat uniform untuk kerja nanti. Result posting dengar-dengar bulan dua, tak pun tiga, tak pun empat. Ceh, result induksi pun tak keluar lagi. Verangan.

Sebenarnya, nak cerita pasal induksi kat KSKB haritu, kekonon nak bantu la sesape bakal-bakal penjawat awam. Tapi, nanti eh eh. mim alip lam sin. 

Tahun ni saya nak capai sesuatu dan sesedua. Mari doakan secara berjemaah. Apa yang penting kena BERUSAHA!! 

Ok lapar. jom makan. 



 

Thursday, August 2, 2012

Terbang ke Syurga :'(

Dear Comot,

Masa kecik awak comot sangat, sbb tu kami panggil awak Comot.
Tapi bila dah remaja awak comel sangat sangat sangat sangat.

Subuh tadi awak bangun sama-sama nak sahur jugak. 
Slalu awak tidur kat luar, tetiba pagi tadi awak muncul dari bilik belakang. Pandai nyorok ye.

Subuh tadi jugak awak buat perangai pelik. Pegi bergesel kat kaki semua orang. Manja betul. 
Kita duduk, awak datang duk kat riba kita. Kita rindu.......

Kesian Alex, tadi petang dia monyok je. dah takda kawan main.

Rebit pun kita tak lepas dia dari sangkar petang tadi. Nanti kita sedih. 
bila Rebit makan rumput, awak datang jilat-jilat Rebit, ikut je mana-mana Rebit pergi.
Alex main kasar-kasar dgn Rebit. Tapi awak tak.

Mesti Rebit rindu....

Kita mintak maaf, tak tgk awak lama2 tadi. Kita tak sanggup.

Malam tadi masa nk bg yg lain makan, kita tergaul banyak nasi dgn ikan. Kita ingat awak ada. 
Kita bagi yg lain makan, kita nk terpanggil awak. Kita sedih sangat. Kita nanges. :'(


Kita harap awak gembira kat sana dengan kawan-kawan baru. Kita sayang awak sampai bila-bila. :'((










RestBeautifullyInHeaven 2/8/2012 <3

Friday, April 6, 2012

Segmen Borak Adik Kakak


Blog saya dah bersalin kulit, blog anda bila lagi? Sempena persalinan kulit yg baru ni, ada segmen baru dlm blog ni. Segmen borak adik kakak. Hahaha. Ok, ni kisah benar.

Ok kawan-kawan, kenalkan

left to right- Cikmegipama, Muin, dan Ahmad

Adik aku ni dah darjah 5, bg korang msti dah besar. Tapi bagi aku, budak ni kecik lagi. Tak kenal dunia lagi. Tapi bercakap nak kencang. Tak berenti renti. Mak aku cakap, dulu masa mak pregnant kan dia, mak nak dia jadi macam Tun Mahathir. Eh, ada kena mengena ke? Lantak.



Aku : muin, kerja sekolah siap dah?
Adik : belom lagi, Bahasa Sains belom siap (Bahasa Sains hokeh, bukan Subjek Sains) -____-
Aku : sape ajar Bahasa Sains? (layan aje)
Adik : Cikgu Mazlan. Masa Kakyah sekolah dulu dia ajar tak Kakyah?
Aku : Ajar lah, besttt
Adik : Tak best pon. Cikgu garang pastu suka doa-doa
Aku : doa camne pulok?
Adik: Hari tu masa kelas dia, muin dgn geng muin masuk lambat, pastu dia cakap sape masuk lambat lagi lepas ni dia doa jadi bisu, pekak. Takut muin jd bisu. (muka cuak)
Aku : KAHKAHKAHHH 




**********



Adik: Kakyah, nak jawab teka-teki tak?
Aku: haa, teka-teki mende?
Adik : ok, kenapa itik dia jaga anak dia?
Aku : dah, takkan anak dia nk jaga dia pulak
Adik : salah!
Aku : taknak bagi anak dia mati la
Adik : salah! Ok menyerah??
Aku : yee.. mende jawapan?
Adik : jawapan dia, untuk memastikan kemandirian spesisnya.
Aku : hmmmm


Ok, tu sebenarnya soalan dalam buku sains dia. Boleh pulak dia buat jadi teka-teki. Sampai hati troll kakak kandung. 




**********




Adik : Kakyah, muin tau dah camne nak buat beskal muin jadi ringan. Kawan muin bagitau (muka serius)
Aku : haa, camne?
Adik : mula-mula ambik minyak, pastu sapu kat beskal
Aku : yela, kalau kena kat rantai beskal tu nanti memangla ringan rasa
Adik : bukannn
Aku : dah tu?
Adik : pas sapu minyak tu, ambik api, pastu bakar beskal tu (nada serius lagi)
Aku : kahkahkah, memang la ringan pastuuu, dah tinggal rangka beskal je. Adoiiii



Adik aku ni perangai dia, mudah sangat percaya orang. Kawan dia kene kan dia, padan muka, hari tu troll akak dia sangat!





Nanti sambung!

Wednesday, February 8, 2012

kerja itu bukan ciskek



Assalamualaikum. Sumpah dah lama tak jenguk belog. Hampir terlupa tanggungjawab yg satu ni. 
ok semalam nak update. tapi ntah kenapa aku nulih nulih penat lelah balik keje, tetiba yilek. Tak kuar ape pun. Hangin jugak. Terai punya terai, aku dah discover apa masalah nye. Kerom aku yang problem. Sila pergi meninggal lah kerom! fuhh 

Eh, Alhamdullillah sekarang tengah praktikal kat hospital kuantan. Sape nak jumpa sila ambil nombor okeh.


Hahaha. Hari ke-5 praktikal aku dah demam teruk sampai berdarah tekak. Kelakar okeh. Ok tak kelakar sebenarnya. Aku dah nak putus asa dah masa tu. Apa kau gila bekerja dgn keadaan badan kau macam sotong ngokngek lembik geligeli. Last-last aku half day je. Kesian partner aku kesunyian dilanda ombak.
Kerja kat bahagian aseptik, lagi lagi kau ni kuli a.k.a trainee je, memang mencabar. Semua benda kau kena buat. Ye, memula memang excited gila, semua dia hulur kau nk buat. Yelah, nak penuhkan log book kan. Last-last sendiri yang lembik. Hahaha. Eh, ‘kau’ kat sini ni aku lah ye.


Lepas tu, aku menyesali diri ini. Aku menyesal mintak jadi dewasa lelaju. Aku menyesal aku tak belajar rerajin supaya jadi bos. Aku menyesal  lari dari skolah SHAH dulu. Aku menyesal aku tak hafal sifir sampai dapat lencana. Aku menyesal tak basuh stokin pagi tadi. Aku menyesal makan mee goreng tak habis.
Lepas tu, aku tak menyesal dah. Sebab makanan kat kantin hospital murah gilos. Sedap pon sedap. Duit lebih boleh simpan dalam tabung tiputipu.


Oh, masa makan, aku tak paham kenapa muka bakal dokter semua sama. Kacak, berseri-seri, bersih, kacak, skema, senyum menawan, dan kacak. Mungkin aku je yg perasan benda tu. Eh, kalau sampai kat korang eye drop ke, TPN ke, aku la yang buat tu. Tapi, kalau korang sakit sebab guna ubat tu, bukan aku yg buat tau!  


Setelah 2minggu praktikal, aku dapat discover lagi satu benda. Kerja itu super sangat tidak best. T____T



Mental aku tak kuat sekarang ni. Mungkin kejap lagi masuk wad mental. okbai awak!


Sunday, October 9, 2011

kenangan untuk hari tua part 2

  • Dulu, suka pergi main kat umah kawan aku. Time tengah hari, mak dia panggil makan. Amek kau, mak dia letak lauk, nasik, ikan dalam satu dulang. Makan lah kau ramai-ramai dalam dulang tu. Happening, tapi cam sadis sikit laa. Haha



  • Dulu darjah 3, balik sekolah nak tunjuk hebat bawak beskal. Aku silang tangan pegang hendal beskal. Tetiba ada batu kat jalan, amek kau, terlanggar batu, terus jatuh. Yang bestnye, tangan aku patah, terhentak atas jalan tu.



  • Dulu, aku dengan kengkawan bawak beskal naik atas bukit tinggi. Pastu meluncur turun dari bukit. Siapa yang tak brek, memang dia hebat. Oh, kawan aku terlanggar tiang lampu. Dia tercampak, tayar beskal pulak bengkok. Kelakar je.



  • Dulu, aku dgn adik selalu panjat pokok mempelam depan rumah. Pokok tu rimbun, kalau dah panjat, memang orang tak nampak.  Selalu bila uncle PaddlePop lalu, kami panggil. Bila dia berhenti, kami duduk atas pokok diam-diam. Last-last, kantoi jugak. Padan muka kena marah.




  • Dulu, aku tak suka gila abah merokok. Cara aku nak suruh abah benti, aku tulis kat garaj keta abah “NO SMOKING”. Abes semua kayu kat situ aku conteng. Lepas tu, aku selalu patahkan rokok abah. Jahat gila aku. Tapi sampai sekarang tak berjaya pon nak suruh abah benti. Haha 




  • Dulu, masa bulan puasa. Aku curi makan. Mak dapat tahu, tapi mak diam kan je. Bila dah tiba waktu nak buka puasa, mak cakap sindir-sindir “orang tak puasa takleh makan semeja dgn orang puasa ni”. Aku diamm je sebab takut gila. Last-last sume orang tahu, sebab aku makan sambil nanges sebab takut sangat.



  • Dulu, femes dgn mainan kereta Tamiya. Ala, yang kena pasang sendiri tu. Aku pon gila benda tu jugak. Abang aku jahat, dia on keta tu, pastu dia letak kat kepala aku. Ape lagi, melekat la rambut kat tayar. Nak kuarkan tak boleh. Terpaksa gunting. Benci!



  • Dulu, lepas men jual-jual, dahaga gila ni. Ajak kawan masuk lam umah minum air. Bukak peti ais dgn rakus. Tiba-tiba, “duummm” pintu peti ais tercabot, jatuh ke bumi. Ok, klaka gile. Malu pon ada sebab ada kawan. Hahaha.




  • Dulu, nak main-main kan kawan. Aku dgn akak gali lubang, dalam gile. Pastu, bentang tikar atas tu. Panggil la si kawan ni. Suruh dia duduk atas tikar tu. Pastu, jatuh tertonggeng dalam lubang tu. Nanges melalak2 budak tu. Terus tak kawan dah.



  • Dulu darjah 6, main bola baling tetengah ujan. Break jap, amek nyawa. Aku takleh duk diam, ada bola tergolek jauh. Aku berlari nak pergi amek. Tetiba “kelepekk” aku jatuh. Amek kau, lagi sekali tangan aku patah tempat yang sama.



  • Dulu, lepas UPSR memang cikgu tak ngajar dah. Ada sorang budak laki ni panggil aku. Aku pergi, dia cakap dia suka aku. Aku tak cakap ape pun. Ada pulak sorang laki budak laki ni, dia pun cakap dia suka aku. Sorang lagi budak laki ni tau yg member dowg cakap, tiba dia pulak cakap dia suka aku. So, aku teramat malu dengan jayanya pada hari tu.





  • Dulu, ptama kali aku baligh. Aku tak tau, tu pun mak yang perasan masa aku tido. Aku menanges satu hari suntuk. Mak cakap, “biasa lah tu, takyah nanges, semua pompuan pun camtu. Ni tandanya dah besar.” Aku nanges sebenarnya bukan sebab apa. Cuma aku teringat ustazah cakap, bila dah baligh, dosa semua kena tanggung sendiri. Takut woo.   

Tuesday, October 4, 2011

kenangan untuk hari tua part 1

  • Dulu masa kecik-kecik, aku pernah terjatuh dari tingkap sampai ke tanah. Buas punya pasal. Kesian mak kena marah dgn tok ki.



  • Dulu masa kecik-kecik, bila aku berak, mak mesti tolong cucikan. Ada satu hari mak takde. Abah yang tolong cuci. Aku tanya abah “kenapa abah cuci guna kaki, mak guna tangan?”


  • Dulu masa kecik-kecik, pernah aku melalak melolong tengah pasar malam sebab nak anak patung. Masa tu abah takde duit nak belikan. Kesian abah terpaksa tahan malu dengan anak dia yang degil ni.



  • Dulu masa kecik-kecik, aku berebut mainan dengan kazen, berebut-berebut sampai terbelah tangan aku kena benda tajam kat mainan tu. Abah jugak yang laju-laju bawak aku pegi klinik.



  • Dulu masa kecik-kecik, kaki aku ada kudis, abah bawak pegi klinik Navaa. Doktor India tu marah aku sebab malu nak tunjuk kaki yg berkudis tu. Abah marah doktor tu balik. Sampai sudah tak pegi klinik tu dah.



  • Dulu masa kecik-kecik, abah bawak aku jenjalan kat bandar. Tetiba aku terberak dalam seluar. Terus abah belikan seluar baru. Nak cucikan, memang tak lah. Abah geli. haha



  • Dulu masa kecik-kecik, aku benci gila dengan baby. Satu hari tu, mak sedara letak baby dia dalam bilik. Aku masuk, aku cubit kecik-kecik baby tu. Menangis tak hengat. Pastu aku lari. Bijak kan.



  • Dulu masa kecik-kecik, mak aku suruh jaga adik aku dalam buai. Henjut la buai tu sampai la adik aku tido. Tiba-tiba “prapp” tali buai tu terputus. Adik aku jatuh. Tak sempat aku sambut. Gila aku nanges kuat gila. Nasib baik mak tak marah. Mak pulak yang pujuk aku. Hebat kan tektik aku.



ni part 1, nanti rerajin kite sambung part 2 okeh.