Satu-satunya bulan rezeki masyuk ialah bulan ramadhan. Masyuk la bagi yang berniaga, rabak la bagi yang takleh kawal nafsu berbelanja tu. Macam aku, masuk dalam kategori rabak. Sekian.
Oh, apa yang nak aku cerita kat sini ialah kelebihan-kelebihan wujudnya bazar ramadhan dari apa yang aku fikir. Aku tak pasti ejaan RAMADHAN ke RAMADAN. Correct me pls.
1. TEMPAT MENJEJAK KASIH
- Ni kompem selalu jadi. Tengah-tengah berebut nak beli cendol yang tinggal satu tu, sampai bergaduh tarik-tarik bulu mata, rupa-rupanya orang tu member kita masa zaman tadika kemas dulu. Tak ke seronok jumpa member- member lama. Boleh terus ajak member tu bukak puasa sama. Cakap je kat makcik tu 'cancel cendol'.
2. PELUANG MENJADI ARTIS
- Ape barang kan kalau berniaga setakat duk kat kerusi tunggu customer datang. Time ni la nak terjerit telolong ternyanyi teruji vocal nak tarik perhatian customer. Sape tahu, kot-kot lah kan, kat bazar tu ada Habsah Hassan ke Ramli Sarip ke David teo ke, untung-untung dapat offer jadi penyanyi ke pelakon ke kan? rezeki bulan ramadhan sape tau?
3. TEMPAT MENCARI JODOH
- Time ni la banyak bibit-bibit cinta berputik antara si peniaga dengan si pembeli. Dari mula-mula duk cebik muka, hari-hari pergi kedai sama, terus senyum sampai telinga. Untung kau, hari-hari dapat tongkeng ayam free. Member-member lak dapat diskaun. Tak tau la pulak kalo kena mandrem. Lepas puasa, duit untung niaga, belanja buat kawen terus. Muahaha.
4. TEMPAT MENGUJI MINDA
- Bila pergi bazar, macam-macam jenis orang dapat jumpa. Cina, india, bapok, pondan, pengkid, gay, lesbo, bapak ayam, mak ayam, kepak ayam, tongkeng ayam. Kalau aku dengan member, kitorang selalu main permainan Teka Jantina Manusia Itu. Best woo, biarpun kitorang tak tau jawapan nye apa.
5. TEMPAT MEMBALAS DENDAM dan PENYEDAP RASA
- Penyedap rasa lah bagi kaum-kaum yang suka duk bergesel-gesel time orang tengah crowded. Buat-buat terlanggar, terpegang pulak. Aku pernah kena, ape lagi, tak kan nak duk diam. Aku jalan laju-laju pergi langgar balik campor sesedap rasa pergi pijak selipar dia. Muahahahaha. *aku tau aku jahat.
 |
| ni rupa bazar ramadan pandan indah dari balkoni. jemput datang~ |
Ada apa-apa lagi korang nak tambah?
Btw, hari ni aku pegi kelas dengan membawa baju dobi 1 beg. Kedai dobi tak bukak lagi pepagi otw nak g kelas. Kenapa
MAKCIK DOBI kejam?? Terpaksa aku usung beg dobi sana-sini macam nak lari rumah dah gaya. -____-"