Wednesday, March 30, 2011

JOM MAIN NAK??


hye semua~
maaflah aku agak bizi lately, esaimen belambak. final lak nak dekat dah.
so, memandang kan aku rasa berdosa lama tak update,
aku hadiahkan korang entry ni.

ok. seperti yang korang sedia maklum, fesbuk sekarang da macam2 application yang ade.
da naik pening kepala aku. yang terbaru polling. alaa. yang jawab2 soklan tuh.
tipu la kalau korang tak pernah terlibat dgn bende ni kan. haha
aku suka kot men mende alah ni. ada satu blog ni kutuk2 gak la bende alah ni.
tapi bagi aku, it just for fun!! pe salah nye.

tapi ada bende jugak yang aku tak suka fesbuk sekarang ni.
MEMORABLE STATUS UPDATE!
pehh, lam hati aku cakap, pehal weh nak ungkit citer lame?
kalo boipren baru tertengok memorable status sal awek die dedicate kat boipren lame,
tak ke sentap hati mak nakk~
tak patut. tak patut..* geleng2 kepala



*kelik kalo nk tgk

see guys. sape yg suke? sape suke die gilo!!


ok. this is the fun part.
sekarang fesbuk kan leh tag kat comment kan, i think that's cool. kenapa?
sebab kami, aku dan rakan2 buat bende tu jadi super cool.
first, korang kene lah like bende2 alah seperti ape aku buat ni.




ye. aku sangat digelar cik annoying dengan meng like semua bende alah ni.
hey, who cares? fesbuk ialah laman sosial. so camni lah cara kami bersosial dengan fesbuk!!

lepas korang like ape yg korang nak, leh la maen bende yang me'lagha' cam kami maen!



*sila kelik




*sila kelik


ye macam budak2 tak baligh lagaknye. nak buat cmne abg akak adik oi, 
ni jelah cara kami nak entertain diri sendiri.
nak tgk maharaja lawak, TB pulok takde kat kondo kami ni.
 -___-"

pape pun, sies it's super fun!! 




***aha. kawan, kite mungkin tak rajen update pasni. ye kite malas. eh bukan!!
kite bizi. pelajar cemerlang la kata kn~
final da dekat. doakan kite ye. mekaseh!
doakan kite dapat siapkan esaimen sebelum due date jugak tau!
eh dan jugak, doakan kite menten cantek selalu. mekaseyyy!! ahaha***

Friday, March 18, 2011

SUGAR GLIDER idaman kalbu

PENGUMUMAN!!!!!!!

AKU ADA HAJAT BESAR. maaf. ter capslock pulak.
korang boleh tolong aku tak?





aku teringin binatang (sugar glider) ni SANGAT
aku sangat lonely. dan aku nak amek binatang ni jadi pakwe aku.







kalau boleh nak yg kecik tenonet camni.



ade sesape nak jual? or kenal pet shop mane2 yg ade jual?
jangan memahal sudah lah. kalo nak bagi free pon boleyy.



p/s: sangap kat binatang ni. peliss tolong aku..


Thursday, March 17, 2011

BUKAN SENGAJA NAK MENCARUT


baik. ini entry ringkas dan padat. sebab aku da sesak nafas.

tadi aku kupas udang, bau leh tahan bes. cita-cita nak buat cucur udang. 
chef hari ni. cikmegi dan babik (sokmo!)
so, da gaul2 sebati segala, aku tengah tunggu adunan tu berkembang maju 
sebelum aku campak lam kuali jap lagi.

so, cepat2 basuh tangan sebab da tak sabar nak on9. ade berita hot.
ceshh, bau udang best tu still melekat kat tangan aku.
ahh lantak. malas nak layan. terus duk kat meja study dan on lappy. bukan setadi kay

ok cam biasa. bukak fb, belog.
'oh ade orang jalan kat belog aku. mari terjah mereka balik" kata aku. poyo.

aku mula rasa tak selesa. pening. loya. nak muntah. SERIUS.
aku tak pasti kenapa. kene toxicity udang kah?

tak mungkinnn...
tapi ada bau. macam familiar. siyes familiar.

aku angkat ketiak dan bau. "bukann"
aku angkat kaki. "ni pon bukan"

aduhh.. makin pening kepala aku. tapi semangat nak berjalan kat belog,
mengatasi segala2 nya.

"pehh..tak tahan aku. mau mati camni!!" ujar aku tanda da give up!

sekali aku terpandang bawah!!

"pheww..ba#$%^&3^%!!!!!" maaf. aku mencarut.



PEHH!!! SKALI KASUT BABIK KAT BAWAH!!!
sumpah busuk. pehal babik, kau letak kasut pekasam kau kat meja study!!

sampai hati kau nak bunuh aku dalam diam-diam.
xpe2..ade kereta ade bas.......

sumpah aku tak dapat berfikir dgn betul skang ni. rasa cam @#$%^&!!!!!!!
ok bai.


Monday, March 14, 2011

mari BURGEMBIRA @ BLACKSTONE


baiklah, hari ni semangat nak tulis entry sebab esaimen da siap, mood pun da kembali ke pangkal jalan.
before dis mood agak melayang sebab mak tak bagi balik.
bukan sebab ape, mak ingat kan cuti lame, upenye balik ujung minggu je,
sebabkan kesian kat anak dia yang cantik baik ni, mak tak bagi la balik. takut penat katanye~

sedih wooo, aku da sampai demam2 segala nih.

eh2 tadi abah tepon ajak balik. haha. hepy hokeyy. so, balik pahang minggu ni. yeayy!! 

oh kamu2 sume, selain family yg kurindui,
aku rindu satu bende ni. lama tak pekena wehh~




ini burger ikan ye kawan2. sangat sedap dari burger ikan mekdi.
tapi, bukan calang2 burger, ni namanya BURGERTAHH

tak caye?


amek kau!



tak nampak? kelik lah gambo

ni menu2 kat burgembira blackstone nih.
ade BURGEMBIRA, BURGERLAKK, BURGERTAHH, BURGERMAA, BURGERGORR
eh banyak lah. unik kan name die, sedap pulak tuh!! kat kuantan ada dua je kiosk nye.
harga sangat2 lah berbaloi nyah oii, aku? dapat free je. kawan aku yg buatkan. haha.



sahabat dunia akhirat, si baju hijau mr. zaid keroo. baju oren tokey burgermbira, mr. tak ingat nama.



ha..lokasi nye, dekat je dengan umah aku. 


PANTAI BATU HITAM (sounds pelik) 
err.. atau lebih lebih dikenali 
BLACKSTONE BEACH (much better)
tengok gamba pon da tau dapat nama dari mana.
pantai lain aku tak penah nampak lagi kot ade batu camni.





bersama kawan2 se lepaking~
hadoyy..rindu nak lepak sini. 



so, sesape yang duk pahang aka kuantan, roger2 lah! moh la kite lepak sesama sambil pekena burgermbira.
*kesat air lior mleleh. teliur wehh!






Sunday, March 13, 2011

esaimen ku yang cantik~


sumpah kali ni memang entry merepek. sape nak baca sila baca. sape taknak, aku tak paksa.
sebenarnya aku da homesick gile babeng.
da lama kot tak balik umah since cuti raya cina hari tu.
minggu lepas nak balik, tapi ade lak bende menghalang.
minggu ni nak balik, pun ade bende menghalang.
semua sebab benda alah ni!!



punye lah hepy adik aku dengar aku  nak balik minggu ni.
tuptup, hampeh.
aku col mak aku cakap tak jadi balik.
perasaan? erm, toksah cakap.
fuhh..tsekat2 cakap dengan mak aku. *sebak dada aku skang wehh
sory mak, bukan yah tak nak balik...........


punye lah penangan bende alah tu, aku dan kengkawan cuma mandi sekali sehari.
dan kadang2 tak mandi langsung. hebat kan? da macam kera je

"eleh, macam kau je ade esaimen? aku ade gak,leh je balik,normal je idop"

ye aku tau. bukan aku je. tapi aku tau kalau aku balik, kompem2 bende alah ni takkan siap.
nak men beskal dengan adik lagi, nak men masak2 dengan mak lagi, nak men kungfu2 dengan abg lg, nak men mekap2 dengan akak lagi,
so camne? memang takkan siap lah kan?!

so, better aku duk je sini, ngadap esaimen yg best nih.
nasib baik aku ada kengkawan yg memahami, yg gojes, yg senget, yg sangat2 memenuhi citarasa lah!
*korang jgn nak kembang idong 

erm, tu jelah. nak sambung tido buat kerja!! thanx sudi baca luahan perasaan. uwekks~



p/s: nekad! minggu depan nak balik!!!! mak...rindu......='(



Wednesday, March 9, 2011

barang baekk punye zaman dulu-dulu

hahahahaha *maaf xbleh benti gelak
sumpah aku tengah gembira amat. aku da jumpa khazanah lama. tak ternilai harga nye.
penat aku godek2 youtube tadi. at last jumpa jugak ape yang aku nak selama ni.

nak tau ape perasaan aku sekarang?
. . . . . . .
. . . . . . . . . . 
. . . .

* aku tak tau nak describe camne
korang tengok jelah sendiri





Maafku tak pernah berterus-terang. 
Bukan ku tak mempercayaimu,
 Namun sebelum ku berganti rupa.. 
Ingin aku menemuimu..
 Ku kan bermandi cahaya bulan 
Yg cemerlang di malam yg cerah.. 
Memang telah lama kurasakan Ingin menolong yg lemah.. 
Tiba-Tiba keajaiban terjadi 
Kekuatan muncul di diri 
Untuk melawan semua kejahatan.. 
Kekuatanku harus digunakan
 Menegakkan segala kebenaran Ini keajaiban alam.. 
Aku mempercayainya 
Ini keajaiban alam


heeee *masih tersengeh
dapat jugak aku dengar lagu sailormoon versi melayu
aku hampir menitiskan air mata. teringat macam kembali ke zaman belum baligh dulu. haisyy.
sape yang tak kenal katun hot ni yang terkenal sebab aksi2 menukar baju tanpa memakai kain batik untuk mencover bahagian2 sensetip. sies aku gembira tgk benda alah ni.
*dulu pernah berangan nak jadi sailormoon, pakwe die ensengg woo~



p/s: harap2, cita2 jadi sailormoon akan tercapai, err..korang suke katun ape?


Sunday, March 6, 2011

bihun pama ke megi pama?



hye sume, hari ni saje nak meraban pasal megipama. kenapa aku pilih nama megipama? senang cite, aku suka makanan sedap. bihun/kueyteow pama sangat sedap so aku letak la nama aku megipama. 
kenapa tak letak bihunpama?
huh, buruk sangat bunyi nye..hahaha



ada banyak jenis keluaran pama ni. berikut adalah adik-beradik mr PAMA yang sempat di snap gambar. maklumlah, malu-malu mereka nih.



yang ni bihun pama. penggemar semua rakyat jelata. termasuk aku sendiri. yang kueyteow punye pun ada. packaging lebih kurang camni lah. pon power root rasa dia. aku suka dua2 jenis nih.





ini pulak megi pama siam. haha. bihun berperisa tomyam. err, aku tak suka yang ni.  aku lebih prefer tomyam mak aku masak. ngee~






yang ini pulak, lebih kurang sama je dgn yang atas. cuma dia gna mee aka megi. ni aku tak penah try dan tanak try pun.








oh, yang ini special. rasa dia macam bihun pama. tapi super hot n spicy. memang leh tercirit lah korang. not recommended bagi orang2 yang perut nipis. mee dia special. bukan panjang2, tapi petak. bila masak die jadi bergulung. rasa mcm seronok lah bila makan yang ni. haha



aku tak lah suggest kat korang makan bende alah ni. tapi kalau nak langsing macam aku, boleh la makan ni. kalori tak banyak mana lah nak dibandingkan dengan megi lain. lebih kurang 200 kalori per serving. kalau korang makan 10 paket sehari, bermakna, korang da ambil 2000 kalori. 
2000 kalori tu, da sama dengan kalori yang patut korang amek dalam sehari. (bagi perempuan)

so, xde hal sangat la kalau korang makan sepeket sehari kan?
bagi sesiapa yang nak diet tu, nak tau berapa kalori yang patut korang amek dalam sehari,
korang leh pegi kat sini <SILA KELIK

kat sini, bagi aku leh tahan bes sebab dapat tahu banyak info tentang kalori makanan yang kita amek.
sesuai lah bagi sesiapa yang nak diet macam aku. heee





p/s : ini adalah snek di waktu kelaparan di malam hari. ouh, stock megipama da abes. mahal lah nak beli, ade sesape leh sponsor??? *wink~


Friday, March 4, 2011

CONTEST : JOM COVER MULUT!


ha ini ada satu contest best. disebabkan cikmegi tak penah masuk contest so tak penah la menang. so, cikmegi nak try contest ni. untung2 dapat webcam 5.1 mp tuh. dapatla cikmegi camwhore sampai letup2 lappy ni.

senang je nak join. contest ni dibuat sempena besday belog cik adik molek ni. kalau korang nak join moh la kelik sini.  


so, ni lah gamba cikmegi. meh vote ramai2. eh, ade vote2 segala ke? huh.
.
.
.
.



ok tak ok? ngeh3




so, cikmegi nak suruh budak2 ni join gak



Thursday, March 3, 2011

kisah kura-kura dianiaya


aku sangat hepy hari ni. disebabkan aku hepy, aku nk wat entry kisah sedih. sumpah sangat sedih.
cerita gembira, next entry aku buat.
dengan penuh rasa bersalah, berdosa dan tak tentu arah, aku wat entry ni.

mungkin lepas aku buat ni, rasa bersalah tu akan pergi.

aku sangat sayang binatang. lebih dari aku sayang bulu mata aku. sebab tu lah, rumah aku jadi mini zoo. so sape2 nak tengok menatang, datang la rumah. kene bayar singgit doposen je kot nk tengok menatang. hehe.
tapi yg paling aku sayang dah tentu anak mak aku yg bongsu. ni lah dia..




saya rembo. *abaikan makhluk hitam tuh






saya pandai bermain chess. meh la lawan. ade bran?






haa..bijak kan rembo. aku selalu kalah kalau lawan chess dgn dia. lagi satu, dia suka duduk lam kotak. pantang nampak kotak budak nih. tapi bukan tu yang aku nak cite sekarang ni.
kisah rembo, mungkin lain kali aku cite.

.
.
.
.
.



ni lah punca aku rasa berdosa






ni pun haiwan belaan aku. tapi ni belaan kat hostel. siapa yang tak tau, itu ialah kura-kura ye. sekor pondan pompuan, sekor laki. aku dengan babik *rumate aku, share bela benda seronok ni. babik punya yang laki, namanya talib. sangat komersial nama tu. yang pompuan lak namanya nina. comel kan.
kami beli sepasang sebab even diorang ni menatang, diorang pon ada perasaan untuk saling melengkapi. kan?


dulu kami adopt diorang masa diorang masih bayi. sebesar ibu jari kaki korang. sampai lah sekarang  pun masih sebesar ibu jari kaki korang. cuma talib da membesar sikit sebab dah sunat.






ini talib sekarang sebesar 1 camca teh




ye. kitorang melalui zaman perkawanan  bersama talib dan nina dengan gembira selama beberapa bulan. tapi zaman kegemilangan tersebut dah tak bergemerlapan macam dulu. aku dgn babik sangat bizi lately dengan shopping midsem dan esaimen. kekadang aku lupa aku ada tanggungjawab ni. sumpah rasa berdosa amat. tapi aku tengok babik, dia chill jek.




nina dan talib berpelukan sambil marah2sebab lapor kemain








"sorry sayang, bukan akak tanak bagi makan, tanak mandikan, akak bizi sangat. bukan akak sengaja buat2 bizi. cuma kekadang je akak lupa kat korang." lebih kurang camtu la aku pujuk nina dgn talib. diorang majuk dgn aku. maunya tak majuk, da 2 MINGGU aku tak bg makan. ke lebih eh? err..


so, lepas midsem hari tu, tapi delay 2 ari aku terus bermandi manda dengan diorang, mkn sama2. diorang macam majuk2 manja lagi lah. sorry ey sayang..

aku harap aku da tebus rasa berdosa aku ni. sape nak hentam aku, silakan.
*lupa keluarkan nina dgn talib dari bilik air. dah bape hari tah





p/s: err. jangan beli kura2. diorang tak berbunyi kalau lapar.